Laporan kesihatan sedunia...

selamat pagi.....negara sedang dilanda wabak berbahaya HINI, semoga kita semua berhati-hati ketika menjalankan tugas yang diberikan.

Selasa, 18 Ogos 2009

Suatu Mukadimah......


Kecemerlangan pelajar dalam pelajaran telah menjadi satu objektif utama bagi Sekolah Kebangsaan Menengah Dato’ Klana Putra. Bagi menyediakan produk yang mampu menghasilkan kejayaan dalam peperiksaan besar Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pada tahun hadapan, maka persediaaan kepada pembentukan produk tersebut hendaklah dimulakan seawal yang mungkin. Bersesuaian dengan kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sehubungan dengan itu, projek khas melalui Tutorial Bestari telah dicanangkan dengan mensasarkan kumpulan pelajar elit tingkatan satu dan dua. Adalah diharapkan segala usaha ini akan membuahkan hasil kelak.

Satu langkah kepada dimensi baru....!

Selamat datang ke dimensi baru pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Klana Putra. Anda kini berada di dimensi pendidikan yang memberi ruang dan peluang untuk kita semua berinteraksi secara maya. Adalah diharapkan penyertaan kita didalam dimensi baru ini menjadikan institusi yang dihormati ini terus manjadi pemangkin kepada kejayaan anak bangsa Malaysia. Teruskan melayari perkongsian ilmu disini.